“dah teruk sngt dh dia punya..”- Dakwa hubungan dgn Ubai brmsalah slps sebulan khwin, Shila dedah apa yg berlaku..

Baru-baru ini, penyanyi popular, Shila Amzah ada menjawab pertanyaan peminat mengenai rumah tangga yang baru dibina didakwa sudah goyah di Instagram.

Dalam pertanyaan individu terbabit, dia bertanya kepada Shila sama ada benar ataupun tidak mengenai artikel palsu mengenai rumah tangganya hampir terlerai.

Enggan mendiamkan diri, penyanyi berkenaan tampil bersuara dan menegaskan bahawa ia adalah fitnah.

Shila sempat menasihati orang ramai agar tidak terlalu lama ‘bermain’ dalam platform Facebook kerana bimbang mempercayai fitnah-fitnah yang disebarkan.

sebagai rekod, Penyanyi Shila Amzah, 33, selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, di sini, hari ini.

Tepat jam 10.27 pagi, dengan sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri. Pasangan terbabit dinikahkan bapa Shila, Datuk Amir Amzah atau ND Lala di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam Satu Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor, Ustaz Mohamad Khairi Hussein.

Pada majlis itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala hantaran dirahsiakan.

Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan artis.

Pasangan ini saling mengenali sejak 2011. Hubungan mereka akrab sekitar 2014 dan menjadi semakin rapat sejak tahun lalu serta mengambil keputusan bertunang pada 27 Mei lalu.

Shila berkata, dia merasa bersyukur dan gembira apabila mereka kini bergelar pasangan suami isteri.

“Alhamdulillah ..syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati Allah SWT, insya Allah.

“Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus, mudah-mudahan.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.