lbnor Rizza “Pergi” selamanya, Rakan dedah punca sebenar “sahabatku sudah tlada..masa tu..”

SELEPAS dua minggu dalam keadaan tidak sedarkan diri, penyanyi era 80-an Ibnor Riza menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.30 petang Ahad.

Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM). Pemergian Allahyarham dimaklumkan rakan penyanyi iaitu Salwa Abd Rahman menerusi Instagram miliknya.

“Sahabatku sudah tiada. Semoga arwah tenang dan damai di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulisnya. Sementara itu, isteri Ibnor, Sarimah Suleiman, 51, ketika dihubungi mStar turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk proses pengebumian di HCTM.

Sarimah memaklumkan jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Negeri Sembilan. Pada 2 Disember lalu, Ibnor menjalani pembedahan di HCTM bagi membuang air pada bahagian kanan kepala susulan kanser limfoma dihadapinya sudah merebak ke bahagian otak. Allahyarham bagaimanapun tidak sedarkan diri selepas pembedahan dijalankan.

Rabu lalu, Ibnor sekali lagi menjalani pembedahan susulan terdapat pendarahan pada bahagian kepalanya. Keadaan Ibnor juga masih sama malah Sarimah ketika dihubungi memaklumkan suaminya berada dalam keadaan kritikal.

Pada 19 Februari lalu, Ibnor tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain teruk.

Sumber : Mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*