Salam Takziah, Pihak p0lis Sahkn rangka manusia tak sempurna terjawab

BATU PAHAT – Polis mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas rangka manusia yang ditemui di sebuah rumah terbiar di Jalan Imam Jailani, Tongkang Pechah, Batu Pahat, Jumaat lalu sah milik Bella atau Mira Sharmila Samsusah, 32.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, sampel patalogi rangka manusia yang dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 21 Januari lalu telah diperolehi hari ini.

“Melalui laporan diterima pihak polis mengesahkan hasil analisis DNA sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak Bella.

“Pihak polis telah menghubungi keluarga Bella untuk menuntut mayat (rangka) di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ismail berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan telah mendapat arahan salah seorang suspek iaitu suspek utama untuk dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat pukul 9 pagi esok.

Sumber -KOSMO! ONLINE

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*